Ulasan Buku: Cerita Cinta Ahmad Ammar
Tajuk:      Cerita Cinta Ahmad Ammar
Kategori:      Fiksyen
ID Buku:      12
Pengarang:      Grup Penjejak Tamadun Dunia
ISBN-10(13):      9789678604307
Penerbit:      Karya Bestari Sdn Bhd
Tahun Diterbit:      2014
Edition:      -
Jumlah Muka Surat:      359
Bahasa:      Melayu
Harga:      RM 23.00  
Rating:      4.5 
Gambar:      cover           Button Buy now
Ulasan:     


Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadariMU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.

Subhanallah... indahnya rencanaMU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.

 


No. Panggilan :
922.97595
No. Aksesan :
1001423040

Pengulas:      admin