Ulasan Buku: Bercakap dengan jin 2
Tajuk:      Bercakap dengan jin 2
Kategori:      Fiksyen
ID Buku:      7
Pengarang:      Tamar Jalis
ISBN-10(13):      9789671054826
Penerbit:      Nafiela Books
Tahun Diterbit:      2011
Jumlah Muka Surat:      394
Bahasa:      Melayu
Harga:      RM 25.80  
Rating:      2.5 
Gambar:      cover
Ulasan:     

 

 

 


Novel seram Bercakap dengan jin 2, ini merupakan novel yang mendapat sambutan panas bagi peminat novel seram.Cerita bermula apabila Tamar Jalis(TJ) sering
 mendampingi datuknya di mana-mana, secara senyap-senyap mengutip dan menghimpun pengalaman lalu beliau bersama datuknya lalu di bukukan menjadi sebuah novel seram.

Bukan niatnya untuk mengajak pembaca mempercayai perkara-perkara tahyul, tetapi, sekelumit pengalaman bersama datuk meyakinkan, bahawa sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal manusia akan berlaku sekiranya diizinkan oleh Allah.

Sesungguhnya syaitan dan iblis telah wujud lebih awal dari manusia dan berazam untuk menjahanamkan anak Adam. Kerana manusia itu makhluk Allah yang teristimewa, Allah memberikan kekuatan kepada manusia untuk menghalang perbuatan syaitan dan iblis terhadap manusia dengan kekuatan iman dan takwa.

Tanpa iman dan takwa, manusia akan jadi hamba syaitan dan iblis. Inilah gambaran yang dijalin oleh TJ dalam SBDJ yang secara tidak langsung mengajak pembaca berfikir untuk mencari sesuatu yang baik agar menjadi manusia sempurna mengkagumi dan menghayati kebesaran Allah.

No. Panggilan : F TAM
No Aksesan : 
1001355758

 

 

 

Pengulas:      ppapp