Ulasan Buku: Berubat dangan air
Tajuk:      Berubat dangan air
Kategori:      Non - Fiksyen
ID Buku:      2
Pengarang:      Hasan bin Ahmad Hasan Humam
ISBN-10(13):      9789830973500
Penerbit:      Al - Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd
Tahun Diterbit:      2009
Jumlah Muka Surat:      102
Bahasa:      Melayu
Harga:      RM 9.00  
Rating:      4 
Gambar:      cover
Ulasan:     

 

Ilmu perubatan Islam merupakan salah satu cara berubat yang tidak dinafikan kemahsyurannya sejak dahulu kala.Malah, kemajuan dalam perubatan moden juga sukar untuk menandingi perubatan Islam.


Antara keistimewaan air yang dipaparkan dalam buku ini:

  • Menghilangkan rasa sakit. Kerana air memiliki kesan bius bagi peradangan yang berlaku pada saraf kulit.

  • Menurunkan suhu panas melalui minum cairan dan kompres dengan air sejuk.

  • Menghindari darah rendah dengan dua gelas air.

  • Air juga merupakan ubat bagi serangan asma.

  • Air juga adalah unsur yang berkomposisi lengkap dan sesuai bagi setiap jenis kulit manusia dan sebagai pelembap kulit wajah.

  • Membersihkan darah dari racun.

  • Air juga mampu mengembalikan keremajaan kulit.

Selain itu terdapat juga fakta menarik mengenai terapi pengubatan kanser dengan berpuasa yang dipaparkan dalam buku ini. Sama - sama kita hayatinya......

Dr. Abdul Malik dari Algeria memperolehi sesuatu yang luar biasa dengan terapi perubatan kanser dengan cara berpuasa dan hanya minum air zam- zam sahaja.Menurut beliau, pada dasarnya sel- sel kanser memperoleh makanan dari makanan- makanan yang dimakan oleh manusia.

Berpuasa dengan hanya meminum air zam- zam dapat membunuh sel- sel kanser kerana sel- sel kanser tersebut tidak aktif dan menjadi lemah disebabkan sel- sel kanser tersebut tidak mendapat makanan yang dimakan oleh manusia.......

 

Banyak lagi fakta menarik yang kita sendiri tidak perasan akan keajaiban air dalam kehidupan seharian kita ini. Walaupun buku ini nampak ringkas tapi ia mengandungi banyak fakta menarik yang boleh dijadikan panduan dalam rutin harian kita.

 

No Panggilan : 615.853 HAS

 

 

Pengulas:      ppapp