Ulasan Buku: Nama - Nama Indah Serta Amalan Surah - Surah Ketika Hamil
Tajuk:      Nama - Nama Indah Serta Amalan Surah - Surah Ketika Hamil
Kategori:      Non - Fiksyen
ID Buku:      87
Pengarang:      Khairunnisa Abdullah
ISBN-10(13):      9789673682546
Penerbit:      Al-Hidayah Publication
Tahun Diterbit:      2017
Edition:      -
Jumlah Muka Surat:      366
Bahasa:      Melayu
Harga:      RM  23.00
Rating:      0 
Gambar:      cover
Ulasan:     

 

Adalah menjadi tuntutan dan merupakan sunnah Nabi apabila lahir saja zuriat ke dunia, maka akan dinamakan dengan nama-nama yang baik dan indah. Apatah lagi sekiranya nama-nama tersebut mempunyai kemuliaan di sisi Allah SWT.

Selain daripada menamakan dengan nama yang baik dan indah kepada anak-anak kita, para ibu dan bakal ibu juga dianjurkan untuk mengamalkan beberapa amalan mulia khususnya untuk si ibu yang sedang hamil. Amalan-amalan yang dianjurkan ini mempunyai khasiat dan manfaatnya sendiri. Di samping itu juga akan menjadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian kita sepanjang masa.

Mudah-mudahan buku ini akan memudahkan kita untuk beramal dengan amalan yang baik seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Insya-Allah apabila Allah SWT mengurniakan zuriat kepada kita  zuriat tersebut akan menjadi anak yang soleh dan solehah.


No. Panggilan : 618.24 KHA
No. Aksesan : 10001852797

Pengulas:      admin