Ulasan Buku: Al-Quran & Sains
Tajuk:      Al-Quran & Sains
Kategori:      Non - Fiksyen
ID Buku:      79
Pengarang:      Azizan Baharuddin (Editor), Norkumala Awang (Editor)
ISBN-10(13):      9789832636755
Penerbit:      IKIM press
Tahun Diterbit:      2017
Edition:      Kedua
Jumlah Muka Surat:      235
Bahasa:      Melayu
Harga:      RM  30.00
Rating:      5 
Gambar:      cover
Ulasan:     

 

Pemikiran saintifik dari perspektif Islam memerlukan seseorang yang mempunyai ciri-ciri seperti rasa ingin tahu untuk mencari kebenaran, menghargai semua makhluk Allah SWT, pemikiran yang rasional, logik, analitik dan kritikal serta mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah secara sistematik. Seorang saintis, perlu menggunakan semua lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, bau, sentuh dan rasa untuk mengumpulkan data yang diperlukan semasa menjalankan penyelidikan. Pemerhatian yang dilakukan semasa menjalankan penyelidikan terhadap alam dapat membawa manusia kepada kebenaran dan seterusnya menambah lagi ketakwaaan terhadap Penciptanya.

No. Panggilan : 297.12285 ALQ
No. Aksesan : 1001829180

 

Pengulas:      admin